Monday, December 22, 2008

CAHAYAMATA

Musim cuti sekolah ni ramailah pasangan-pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Di dalam satu-satu perkahwinan anak Adam adalah tidak lengkap tanpa kehadiran cahayamata sebagai penyambung dan pelengkap ikatan kasih sayang antara pasangan suami isteri tersebut. Kehadiran cahayamata di dalam satu-satu perkahwinan adalah satu penyeri di dalam kehidupan sepasang suami-isteri.

Ketahuilah bahawa anak adalah satu anugerah yang maha suci kurnian dari Allah S.W.T. yang di kurniakan kepada kita dan hendaklah kita menjaga amanah itu dengan sebaik-baiknya. Hendaklah kita memberikan secukup kasih-sayang terhadap anak-anak tersebut. Sediakanlah mereka tempat tinggal, pakaian, makanan dan berikanlah mereka pendidikan yang sempurna baik pendidikan dunia ataupun ilmu agama. Dan bagi aku personally, harta yang sebaik-baiknya untuk aku warisi kepada anak-anak aku kelak adalah ILMU. Tiada harta yang lebih baik untuk ibubapa tinggalkan kepada anak-anak mereka selain dari ILMU. Kalau kita tinggalkan duit, duit akan habis jika selalu di belanjakan... Tapi jika kita tinggalkan mereka dengan ILMU, Insya-Allah mereka akan selamat walaupun tidak di tinggalkan dengan duit berjuta. Itu hanyalah pandangan aku sahaja...

Aku ada terbaca satu artikel dari blog Keluarga Ambuyat El-Binangkit (http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com) yang menyentuh tentang kepentingan menjaga dan memberi kasih sayang untuk anak-anak kita. Marilah kita hayati dan sama-sama kita jadikan pedoman untuk menjadi ibubapa yang baik dan dapat kita membesarkan anak-anak kita menjdai insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Insya-Allah....

Anak-anak adalah kupu-kupu Syurga dan sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjat seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan sesungguhnya sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah S.W.T. maka haram api Neraka ke atas badannya. Janganlah segan-segan untuk memberi ciuman kepada anak-anak kita kerana dengan ciuman kita akan di balas dengan satu darjat Syurga dan nisbah di antara dua darjat adalah 500 darjat. Ketahui;ah sesungguhnya Syurga adalah satu perkampungan yang di penuhi ketenangan dan tidak masuk kaum Adam ke dalamnya kecuali orang-orang yang menyukai dan menyayangi kanak-kanak.

Sesungguhnya barangsiapa yang keluar ke pekan dan kembali dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya nescaya mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. dan tidak di seksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak and dengan mengajar mereka tentang adab dan ilmu agama. Sesiapa yang tidak membekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka dan mereka melakukan dosa/maksiat maka ibubapa jugak akan menanggung dosa tersebut. Jika anak-anak di bekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya dan dengan ilmu tersebut dia melakukan kebaikan maka ibubapa juga akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.

Aqrak pernah melihat Nabi S.A.W. mecium cucu Baginda yakni Hassan, lalu Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namum tiada seorang pun pernah aku cium." Sabda Nabi S.A.W.; "Orang yang tidak menyayangi tidak akan di sayangi."

Dan barangsiapa pergi ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki dan sesungguhnya sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawap Baginda S.A.W.; "Berbaktilah kepada ibubapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibubapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi S.A.W. lagi; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhdapa dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Tetapi kenapa masih ada lagi kejadian membuang anak? Kenapa masih ada lagi kes penderaan terhadap kanak-kanak? Jawapannya adalah kerana ibubapa atau individu itu kurang pendidikan agama. Tiadakah perasaan kasih dan sayang terhadap kanak-kanak yang Allah S.W.T. jadikan untuk kita sayangi dan lindungi mereka?


Aku mempunyai sepasang cahayamata yang sangat comel dan keletah. Setiapkali aku melihat mereka dan melihat kerenah mereka membuatkan hati aku terhibur. Hilang segala penat selepas seharian bekerja. Untuk anak-anak daddy..... ketahuilah bahawa kalian adalah permata hati daddy.... Daddy sayang kamu berdua.... DADDY LOVE BOTH OF YOU SUCH MUCH...


Dan akhir sekali buat Isteriku tercinta, terima kasih kerana menjaga dan membesarkan anak-anak kita dengan sempurna dan penuh dengan kasih sayang. Tada kata yang terindah yang dapat Abang ucapkan selain; "TERIMA KASIH SAYANG AND I LOVE YOU SO MUCH."

Sunday, December 14, 2008

NOSTALGIA 80'an

Fikiran ku berkecamuk hari ni..... banyak benda yang bermain dalam kepala otak yang dah sedia serabut ni.... tak tahu yang mana harus aku tendang keluar dulu.... tiba-tiba aku terjumpa satu website yang memuatkan lagu-lagu rock era tahun 80an.... zaman aku mula mengenali rock, seluar ketat, jaket kulit dan boot...

Masa tu aku masih di bangku persekolahan, tak silap dlm form 4 or 5 and masa tu Malaysia tengah di landa deman "Battle of the Band". Masa tu aku mula mengenali kumpulan Ella & The Boys, Lefthanded, SYJ, May, Search etc..etc... Aku masih ingat bila kat Kuantan ada funfair mereka akan panggil kumpulan-kumpulan ni utk membuat persembahan. Salah satu band yang aku ingat membuat persembahan adalah kumpulan Wings. Aku sanggup mengikat perut dgn tak belanja duit yang mak bapak aku bekalkan ke sekolah semata-mata nak beli tiket bas dan tiket masuk funfair. Aku ingat lagi kerana nak gi tgk konsert tu aku terpaksa pinjam baju, jaket kulit and jeans member aku sebab aku tak ada wardrobe yang bersuaian utk tgk konsert rock. Takkan aku nak pergi tgk konsert rock dengan berpakaian kemeja and berseluar slack... tak rock la beb.... FYI mak bapak aku amat tegas bila masuk bab berpakaian and ketrampilan diri. Aku hanya dapat membeli jeans ketika aku form 5 tu pun selepas aku puas memujuk mak aku..

Aku tak leh keluar rumah selagi baju aku masukkan ke dalam seluar...and dia sanggup berabis duit untuk tempah seluar aku kat tailorshop. Aku masa tu jealous ngan member2 sekolah aku kerana meraka semua pakai jeans levi's sedangkan aku pakai slack.

Masa aku form 5 baru la mak aku berikan sedikit kelonggaran utk aku berpakaian... masa tu la aku start membeli wardrobe yang mengikut fesyen masa tu. Masa tu tgh gila pakai jeans ketat. Sebab tu masih belajar lagi aku takleh la nak membeli seluar jeans yang branded sebab tak mampu. Tapi zaman tu tgh gila pakai jeans stretchable, poket tampal depan belakang and hehehe.... warna PINK!!!! Aku ada satu seluar tu and kalau di ingatkan kembali aku tersenyum sendiri..... kekeke.....

Oh ya.... satu lagi. Kau orang ingat tak tentang kasut ALIPH. Kumpulan Search menjadi duta untuk kasut tu. Ianya menjadi kegilaan bagi semua anak-anak muda masa tu termasuk la aku. Masa aku menduduki peperiksaan SRP, aku pakai kasut ALIPH warna biru ke dewann peperiksaan dengan anggapan yang pihak sekolah tak kan mengganggu kami sebab tengah periksa. Tapi aku silap. Masa tengah sedap menjawap soalan, guru besar aku round dewan peperiksaan and terpandang aku pakai kasut yang bukan kasut sekolah. Dia minta aku tanggalkan sebelah kasut ALIPH ku tu and jumpa dia selepas habis kertas hari tu kalau aku nak balik kasut aku. Malunya aku masa tu.....tuhan je yang tahu sampaikan cikgu yang jaga dewan peperiksaan tersenyum memandang aku.... Kerana sayang kasut aku tu, aku gi berjumpa ngan pengetua and kena la bebel aku selama 1/2 jam tapi yang penting aku dapat balik kasut ALIPH ku tu.

Habis peperiksaan SPM, aku kerja kilang sementara nak menunggu keputusan. Masa tu la aku membalas dendam. Masa tu la aku start membeli jeans and baju-baju yang berunsur rock. Aku pun menyimpan rambut panjang. Mak aku cukup tak berkenan ngan fesyen yang aku bawakan.. hari-hari kena bebel. Ada satu tu aku gi Kuantan and beli satu baju and kalau ada yang lahir pada zaman aku akan tahu baju ni. T-shirt logo kumpulan Loudness. Masa aku beli tu baju tu aku terlupa yang baju ni akan mengecut sedikit lepas kita basuh. Aku pulak beli yang ngam-ngam sampai kepala tali pinggang je.... Still masa tu kalau beli pakaian kena dapat approval dari mak aku dulu. Mula-mula tu ok je...lepas basuh je bila aku pakai baju tu dah singkat. Oleh kerana aku sayang baju tu aku pun pakai jugak la tapi bukan depan mak aku la...kalau nak pakai keluar dari rumah aku terpaksa pakai baju lain kat luar. Tapi tah macamana mak aku dapat tahu jugak akhirnya. Kau orang apa jadi pada baju tu? MAK AKU BAKAR BAJU TUUUUU..... sedih je aku tgk baju kena bakar...

Banyak lagi sebenarnya yang aku nak cerita pasal era aku pada zaman 80'an ni...nanti la aku sambung kemudian.

Wednesday, December 10, 2008

NASIHAT UNTUK WANITA

Aku tertarik dengan satu artikel yang aku baca dari blog "Keluarga Ambuyat El-Binangkit" yang bertajuk "NASIHAT UNTUK WANITA". Aku rasa ia satu artikel yang patut di baca dan di jadikan panduan untuk semua kaum Hawa secara khususnya dan juga untuk kaum Adam secara amnya. Untuk kaum Hawa, jadikanlah artikel ini untuk renungan dan panduan untuk mendapat berkat dunia dan akhirat. Untuk kaum Adam pula, jadikanlah artikel ini panduan untuk anda mendidik isteri dan jugak anak-anak perempuan kamu. Jangan jadikan artikel ini semata-mata untuk menghentam isteri-isteri atau anak-anak kamu.

Selamat membaca dan selamat beramal semoga anda semua mendapat berkat.
Amin Ya Rabbil Alamin...


***
NASIHAT UNTUK WANITA

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : "
Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia".

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli.

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab
,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.
"Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w.
"Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.


21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu,
"Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya,
"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s.w.t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.

Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklah khatam 2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung
"Wa la hawlawalaquwatailla billahi'aliyil' azim"
100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu :
Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal.
Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah.

Wednesday, December 3, 2008

Not in the mood.......

Sekarang ni tgh tak ada mood nak buat keje... I'm sleepy since last nite tidur lewat... semlm mata pulak mogok and terkebil2 tgk tv sorang2.... my sayang pulak kena flu...sakit tekak...sian my sayang....

Sebenarnya ada nak postkan something that I think very usefull to all the muslim..tapi lately sedikit sibuk ngan kerja sampai terpaksa berjaga malam nak siapkan takut terlepas dateline... but will post it later...

Tak ada idea actually nak tulis....nanti sambung balik la....