Monday, December 22, 2008

CAHAYAMATA

Musim cuti sekolah ni ramailah pasangan-pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Di dalam satu-satu perkahwinan anak Adam adalah tidak lengkap tanpa kehadiran cahayamata sebagai penyambung dan pelengkap ikatan kasih sayang antara pasangan suami isteri tersebut. Kehadiran cahayamata di dalam satu-satu perkahwinan adalah satu penyeri di dalam kehidupan sepasang suami-isteri.

Ketahuilah bahawa anak adalah satu anugerah yang maha suci kurnian dari Allah S.W.T. yang di kurniakan kepada kita dan hendaklah kita menjaga amanah itu dengan sebaik-baiknya. Hendaklah kita memberikan secukup kasih-sayang terhadap anak-anak tersebut. Sediakanlah mereka tempat tinggal, pakaian, makanan dan berikanlah mereka pendidikan yang sempurna baik pendidikan dunia ataupun ilmu agama. Dan bagi aku personally, harta yang sebaik-baiknya untuk aku warisi kepada anak-anak aku kelak adalah ILMU. Tiada harta yang lebih baik untuk ibubapa tinggalkan kepada anak-anak mereka selain dari ILMU. Kalau kita tinggalkan duit, duit akan habis jika selalu di belanjakan... Tapi jika kita tinggalkan mereka dengan ILMU, Insya-Allah mereka akan selamat walaupun tidak di tinggalkan dengan duit berjuta. Itu hanyalah pandangan aku sahaja...

Aku ada terbaca satu artikel dari blog Keluarga Ambuyat El-Binangkit (http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com) yang menyentuh tentang kepentingan menjaga dan memberi kasih sayang untuk anak-anak kita. Marilah kita hayati dan sama-sama kita jadikan pedoman untuk menjadi ibubapa yang baik dan dapat kita membesarkan anak-anak kita menjdai insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Insya-Allah....

Anak-anak adalah kupu-kupu Syurga dan sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjat seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan sesungguhnya sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah S.W.T. maka haram api Neraka ke atas badannya. Janganlah segan-segan untuk memberi ciuman kepada anak-anak kita kerana dengan ciuman kita akan di balas dengan satu darjat Syurga dan nisbah di antara dua darjat adalah 500 darjat. Ketahui;ah sesungguhnya Syurga adalah satu perkampungan yang di penuhi ketenangan dan tidak masuk kaum Adam ke dalamnya kecuali orang-orang yang menyukai dan menyayangi kanak-kanak.

Sesungguhnya barangsiapa yang keluar ke pekan dan kembali dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya nescaya mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. dan tidak di seksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak and dengan mengajar mereka tentang adab dan ilmu agama. Sesiapa yang tidak membekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka dan mereka melakukan dosa/maksiat maka ibubapa jugak akan menanggung dosa tersebut. Jika anak-anak di bekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya dan dengan ilmu tersebut dia melakukan kebaikan maka ibubapa juga akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.

Aqrak pernah melihat Nabi S.A.W. mecium cucu Baginda yakni Hassan, lalu Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namum tiada seorang pun pernah aku cium." Sabda Nabi S.A.W.; "Orang yang tidak menyayangi tidak akan di sayangi."

Dan barangsiapa pergi ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki dan sesungguhnya sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawap Baginda S.A.W.; "Berbaktilah kepada ibubapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibubapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi S.A.W. lagi; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhdapa dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Tetapi kenapa masih ada lagi kejadian membuang anak? Kenapa masih ada lagi kes penderaan terhadap kanak-kanak? Jawapannya adalah kerana ibubapa atau individu itu kurang pendidikan agama. Tiadakah perasaan kasih dan sayang terhadap kanak-kanak yang Allah S.W.T. jadikan untuk kita sayangi dan lindungi mereka?


Aku mempunyai sepasang cahayamata yang sangat comel dan keletah. Setiapkali aku melihat mereka dan melihat kerenah mereka membuatkan hati aku terhibur. Hilang segala penat selepas seharian bekerja. Untuk anak-anak daddy..... ketahuilah bahawa kalian adalah permata hati daddy.... Daddy sayang kamu berdua.... DADDY LOVE BOTH OF YOU SUCH MUCH...


Dan akhir sekali buat Isteriku tercinta, terima kasih kerana menjaga dan membesarkan anak-anak kita dengan sempurna dan penuh dengan kasih sayang. Tada kata yang terindah yang dapat Abang ucapkan selain; "TERIMA KASIH SAYANG AND I LOVE YOU SO MUCH."

3 comments:

J.A.D said...

Itu lah.. anak2 mmg sangat menguji kesabaran kita. Tapi anak2 jugalah yang bagi happiness yang tak boleh digambarkan atau dibandingkan dgn apa2 pun dalam dunia ni...

Thank u Bi. U r also a great father to my kids. And they do love u very much...

i love u too... :)

J.A.D said...

haiyoo... baru perasan. paste la gambar mak yg flattering sikit nyah oii...

hehehe..

J.A.D said...

happy happy birthday darling. I love you. very much.

ps: bila nak update blog ni...?