Monday, February 2, 2009

Berita Gembira.......

Hari ini aku mendapat satu perkhabaran gembira dari isteri ku yang tercinta...... Berita yang kami tunggu-tunggukan selama ini. Insya-Allah dalam masa sembilan atau lapan bulan akan datang akan bertambah seorang Iman lagi dalam keluarga Tengku Arifshah...... Dengar penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. aku ingin mengumumkan bahawa isteri aku yang tercinta di sahkan mengandung anak kami yang ketiga.... Insya-Allah.... Sememangnya kami berharap agar kami di kurniakan cahayamata pada tahun ini.

Aku doakan agar isteri aku dan juga kandungan sihat wal-afiat hendaknya. Sebenarnya kami dah menduga yang sebenarnya isteri aku mengandung selepas putaran haid isteri aku tak datang pada hari yang sepatutnya. Tetapi mengenali isteri aku yang memang mempunyai masalah putaran haid yang tidak menentu maka aku tak meletakkan sebarang harapan yang tinggi. Tetapi banyak tanda-tanda yang mengesahkan dia mengandung yang dapat di lihat pada isteri aku (eg. jerawat yang semakin banyak tumbuh di muka). Tapi setelah dua kali kami cuba mengesahkannya dengan membuat ujian dengan menggunakan alat pengesan kehamilan yang kami beli di farmasi, semuanya menunjukkan satu garis (menandakan yang isteri aku tidak hamil). Selepas di buat kali yang ketiga barulah alat itu menunjukkan dua garisan (menandakan yang isteri telah hamil).

Untuk mengesahkan lagi keputusan itu, aku membawa isteri aku bertemu dengan doktor dan doktor mengesahkan yang isteri aku mengandung tujuh minggu. Syukur Alhamdullilah....

Adlan pun dah ada nama untuk di berikan kepada adiknya selepas di beritahu oleh isteriku tentang adiknya yang bakal lahir nanti. Aku dan isteriku tergaman seketika bila Adlan mencadangkan nama Denial Osman......... Hehehe..... Itu mesti dia merujuk kepada nama kawan baik dia dekat tadika... A'aliya juga telah membahasakan dirinya sebagai kakak......

Selepas dapat pengesahan dari doktor yang isteriku mengandung tujuh minggu, aku menelefon mak aku kat kampung dan memaklumkan kepadanya yang dia bakal menimang cucu yang ketiga tak lama lagi dan mak aku ketawa sahaja. Aku tahu dia pun gembira sepertimana apa yang aku rasa sekarang.

Dan aku anggap ini adalah satu hadiah tahun baru dan juga hadiah untuk ulangtahun ku yang baru sahaja berlalu pada bulan Januari. Suatu hadiah yang tidak ternilai yang di kurniakan oleh Allah S.W.T. kepada aku. Aku berterima kasih dan bersyukur atas anugerah ini.... Dan untuk isteriku yang tercinta...... Terima Kasih Sayang kerana sanggup menghadapi segala ketidak selesaan dan kepayahan semasa mengandung dan juga semasa melahirkan anak nanti. Satu pengorbanan yang tidak ternilai dan aku tak termampu membalasnya..... Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..... Aku berdoa ke hadrat Ilahi semoga isteriku tidak menghadapi sebarang kesulitan semasa mengandung dan jugak semasa bersalin nanti. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang sempurna untuk isteriku dan juga anak dalam kandungan.

1 comment:

J.A.D said...

amin amin ya rabbal al amin.

ps: daniel osman... hehehe. dia mmg kata nama kawan tadika dia.